Program Maxis eKelas 2019 (Penggal 2)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 & 27 Julai yang lalu, telah berlangsung Program Maxis eKelas 2019 bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas telah diadakan selama 2 hari, bermula hari Jumaat petang sehingga pukul 6 petang pada hari Sabtu. Program eKelas ini menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pada 26 Julai, para pelajar hanya menjawab Ujian Penilaian bagi “English Writing Competition” bagi pelajar-pelajar Darjah 6 sehingga Tingkatan 5. Mereka perlu menjawab essei tersebut dalam masa 50 minit. Tiada Live Tutorial dari Maxis ekelas pada hari tersebut.

Pada 27 Julai, pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang diperlukan semasa Live Tutorial yang dijalankan oleh cikgu ekelas. Pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan untuk kelas Matematik dan Sains pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali